Seekor belalang lama terkurung dalam satu kotak. Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya, dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya.
Di perjalanan dia bertemu dengan belalang lain, namun dia hairan mengapa belalang itu boleh lompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.
Dengan penasaran dia bertanya,
"Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia mahupun ukuran tubuh?" Belalang itu menjawabnya dengan pertanyaan,
"Di mana kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan. "
Pada masa itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.
Sering kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang tersebut. Persekitaran yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan beruntun, perkataan teman, tradisi, dan semua itu membuat kita terpenjara dalam kotak semu yang mematahkan potensi kita.
Sering kita mempercayai mentah-mentah apa yang mereka voniskan kepada kita tanpa berfikir dalam bahawa sama ada perkara itu benar adanya atau benarkah kita selemah itu? Lebih parah lagi, kita acap kali lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.
Tahukah anda bahawa gajah yang sangat kuat boleh diikat hanya dgn tali yang terikat pada pancang kecil? Gajah sudah akan merasa dirinya tidak boleh bebas jika ada "sesuatu" yang mengikat kaki nya, padahal "sesuatu" itu boleh jadi hanya seutas tali kecil ...
Sebagai manusia kita mampu untuk berjuang, tidak menyerah begitu saja kepada apa yang kita alami. Kerana itu, teruslah berusaha mencapai segala aspirasi positif yang ingin kita capai.Sakit memang, lelah memang, tapi jika kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan kita akan lebih baik kalau kita hidup dengan cara hidup pilihan kita sendiri, bukan dengan cara yang di pilihkan orang lain untuk kita.
Kredit - lifeblogid.com
************************************************
Kalau dah berkenan, jangan segan2 nak contact ye..
SMS/Wassap 0199517292
FB - https://www.facebook.com/MinyakPenawarSerbaguna
FB - https://www.facebook.com/MinyakPenawarSerbaguna
Msg thru FB Jom Singgah Shoppe -- https://www.facebook.com/messages/MinyakPenawarSerbaguna
IG- @jom_singgah_shoppe
Main Blog www.jomsinggah.com
Snek Blog http://sneklazat.blogspot.my/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi yang tambah saham akhirat boleh usha blog n fb Kak Elly ye,
Blog http://eksekutifsuri.blogspot.com/
FB https://www.facebook.com/eksekutifsuri
Bagi yang tambah saham akhirat boleh usha blog n fb Kak Elly ye,
Blog http://eksekutifsuri.blogspot.com/